Lima Juta Tahun Sebelum Adam (ms 91-109)
Terdapat penemuan fosil-fosil yang membuktikan adanya kehidupan sebelum turunnya Adam. Fosil-fosil itu bukanlah dinasour tetapi makhluk seperti manusia cuma ianya mempunyai banyak tangan, sayap dan perbezaan pada beberapa anggota tubuh yang lain.
MID juga menyelitkan perbincangan mengenai kisah-kisah individu yang pernah terserempak dengan makhluk aneh dan juga menghadapi situasi dalam dimensi lain. Contohnya, kisah Leinigh Herbert, Blatsber, William Morrow, Charles Thomas, Ashley Montagu dan Alfred Kroeber.
Perbincangan terpenting adalah pada rahsia firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“
MID menegaskan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
Akhir topik ini MID cuba membuka permasalahan Jin dengan menjelaskan kehidupan-kehidupan masyarakat jin yang engkar dalam melaksanakan syariat. Kemudian kisah keengganan Iblis sujud kepada Adam.
Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turun Adam (ms 117-140)
MID membuka persoalan tentang keadaan bumi yang sebenarnya sebelum Adam turun. Menurutnya ijtihadnya, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam.
Beberapa manuskrip dari Sweeden dijadikan bukti walaupun masih dalam perdebatan para cendekiawan. Perbincangan juga terarah kepada bentuk-bentuk muka bumi di negara-negara Skandinavia terutamanya negara Sweeden dan Norway.
Perbincangan terhenti seketika apabila MID mengetengahkan buku yang dikarang oleh Von Deikin berkenaan kenderaan dewa-dewa. MID menyatakan rasa tidak setujunya dengan buku Von Deikin yang dianggap bercampuran perkara-perkara mitos.
Kemudian perbincangan diteruskan dengan merungkai permasalahan jin. MID membahaskan tentang kemampuan fizikal jin menurut bukti-bukti dari al-Quran.
Perbincangan diakhiri dengan mengulas buku karangan Dr. Jamaluddin Muhammad Musa yang bertajuk “Perang Nuklear Yang Akan Datang“.
Adam Dan Hawa Di Atas Potongan Benda Yang Terbang Dari Syurga (ms 141-162)
Perbincangan topik ini dimulakan dengan mengisahkan pengembaraan seorang arab bernama Harith bin Syadid yang ingin mencari datuknya di Zimbabwe. Dalam pengembaraan itu cuba mengungkap kisah lagenda yang mengatakan adanya kehidupan misteri di sebuah kota lama.
MID juga mengulas dengan panjang buku karangan Van K.Razanhover yang bertajuk “Sebelum Manusia Datang Ke Bumi”. Buku ini membahas tentang keyakinan penulis tersebut bahawa sejarah manusia bermula dari Belanda berdasarkan penemuan-penemuan batu-batu kuno.
Perbincangan paling menarik adalah pada mukasurat 149 yang mengutarakan pemikiran Ibnu Qayyim dalam kitabnya yang bertajuk “Hadiy al-Arwah Ila Bilad al-Afrah“. Ibnu Qayyim membahas secara kontroversi apakah syurga (seperti yang disebutkan dalam al-Quran) yang diduduki Adam dan Hawa sebelum turun ke bumi adalah syurga hakiki atau syurga planet lain?
Perbincangan ini amat menarik dimana diambil beberapa bukti dan tafsiran dari beberapa surah yang berkaitan seperti surah al-A’raf dan An-Nabaa’.
MID meneruskan perbincangannya berkenaan planet-planet dari luar bumi dengan mengulas kisah seorang lelaki misteri yang memberikan hasil kajiannya kepada seorang pembentang kertas kerja di bandar Bonn, Jerman.
Rabu, 19 Maret 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar